Pengenalan tentang Zafaran

Zafaran @ saffron ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal dengan kegunaannya dalam bidang perubatan. Bunga Zafaran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun berwarna ungu. Filamen Zafaran adalah stigma kering dari bunga Zafaran. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Zafaran merupakan rempahan yang termahal di dunia dan harga Zafaran boleh mencecah sehingga RM 23,000 sekilogram.
Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak memperkatakan tentang khasiat Zafaran dan juga perubatan Moden Barat. Zafaran dikatakan kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin). Ianya dapat membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, sedatif & juga peransang tenaga batin.
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya tahan menghadapi pelbagai penyakit.